Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan

Maklumat Universiti

1. UNIVERSITI AFRIKA ANTARABANGSA (IUA)

Bermula sebagai Institut Bahasa Arab yang dikenali sebagai Pusat Islam (Markaz Islami) berorentasikan pengajian Islam dan Dakwah pada tahun 1984 yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi. Dinaikkan taraf sebagai Universiti Antarabangsa Afrika (IUA) pada tahun 1990 setelah diambil alih oleh pentadbiran tempatan. Merupakan sebuah universiti bukan kerajaan sekaligus tidak terikat dengan sebarang syarat Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kajian Ilmiah Republik Sudan.

Hubungan dan Kerjasama

” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Arab.
” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Afrika, Persekutuan Universiti Dunia Islam.
” Anggota Persekutuan Antarabangsa Universiti-universiti.
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Islam Antarabangsa (Pakistan).
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Islam Antarabangsa (Malaysia).
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Al Bait di Jordan.
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Prince Of Songkla.
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Raja Faisal di Republik Chad..
” Kerjasama dua hala bersama Universiti Afrika Selatan dan beberapa pusat pengajian tinggi di negara Afrika yang lain.

Pengajian Sarjana Muda (B.A)

1. Fakulti Syariah dan Pengajian Islam

” Syariah Islam
” Pengajian Islam
” Dakwah dan Penyiaran
” Undang-undang

2. Fakulti Pendidikan

” Sains Pendidikan Bahasa Arab
” Sains Pendidikan Pengajian Islam
” Sains Pendidikan Sejarah
” Sains Pendidikan Geografi
” Sains Pendidikan Bahasa-bahasa

3. Fakulti Sastera

” Bahasa Arab
” Bahasa Inggeris
” Sejarah
” Geografi

Maklumat Am dan Syarat Permohonan

” Yuran sejumlah USD300 sepanjang tempoh pengajian (boleh memohon pengajian percuma atau potongan yuran).
” Sijil/Slip SPM (terjemahan), thanawi, STAM atau yang setaraf dengannya.
” Sijil Kelahiran (terjemahan).
” Salinan pasport.
” Pemohon yang telah berada di Sudan mesti menduduki Peperiksaan Pelajar Luar sebelum diterima masuk (percuma).
” Pemohon yang berada di Malaysia boleh mendapatkan surat Penerimaan Luar (Qabul Khariji) untuk diterima masuk ke universiti (bayaran).
” Permohonan dibuka pada bulan September.

2. INSTITUT BAHASA ARAB UNIVERSITI ANTARABANGSA AFRIKA

Kesinambungan daripada Pusat Islam (Markaz Islami) pada tahun 1984 yang berfungsi sebagai Institut Bahasa Arab dan terletak dibawah struktur pentadbiran Universiti Antarabangsa Afrika (IUA).

Pengajian Bahasa Arab

Kursus Bahasa Arab

Maklumat Am dan Syarat Permohonan

” Permohonan dibuka pada bulan Febuari, Jun dan Oktober
” Tempoh pengajian merangkumi tiga semester dengan empat bulan setiap semester.
” Sebarang sijil berkaitan bahasa arab dan pengajian Islam (jika ada).
” Yuran pengajian sejumlah USD300 sepanjang tempoh pengajian (boleh memohon pengajian percuma atau potongan yuran).

3. KOLEJ PENDIDIKAN BAHASA ARAB ANTARABANGSA KHARTOUM

Diasaskan pada tahun 1972 berdasarkan perjanjian di antara kerajaan Republik Sudan dan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sains Liga Arab atau Arab-League Education, Cultural and Scientific Organisation (ALECSO). Pusat Penyediaan Pakar Pendidikan Bahasa Arab untuk Bukan Penutur merupakan nama awal penubuhannya sebelum diubah pada tahun 1974 serta mendapat pengiktirafan di seluruh negara Arab memandangkan penubuhannya oleh sebuah badan di bawah pentadbiran Pertubuhan Liga Arab.

Pengajian Diploma, Sarjana Muda (B.A) dan Sarjana (M.A)

” Pendidikan Bahasa Arab untuk Bukan Penutur

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (Diploma)

” Sijil/Slip SPM (terjemahan) yang mempunyai subjek bahasa arab, thanawi dan STAM atau yang setaraf denganya.
” Tempoh pengajian adalah dua tahun.
” Pelajar yang menghabiskan peringkat Diploma boleh melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda (B.A) dengan ditambah tempoh pengajian selama dua tahun.
” Permohonan dibuka pada bulan Julai.
” Yuran Pengajian sejumlah 7500 Dinar Sudan setahun (sekitar USD 375).

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (B.A)

” Permohonan dibuka pada bulan Julai.
” Tempoh pengajian adalah empat tahun.
” Sijil/Slip SPM (terjemahan) yang mempunyai subjek bahasa arab, thanawi, STAM dan yang setaraf dengannya.
” Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai sebarang pengalaman berkaitan bahasa arab.
” Pemohon yang mempunyai Diploma boleh meneruskan pengajian secara Lanjutan/Takmili (melanjutkan pengajian Sarjana Muda (B.A) dengan ditambah dua tahun sahaja) yang mana tempoh pengajian Diploma tersebut adalah tiga tahun.
” Pemohon peringkat Lanjutan/Takmili mesti memiliki Sijil/Slip SPM (terjemahan) yang mempunyai subjek bahasa arab, thanawi, STAM dan yang setaraf dengannya.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.
” Yuran Pengajian sejumlah 7500 Dinar Sudan setahun (sekitar USD 375).

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (M.A)

” Sijil asal Sarjana Muda (B.A).
” Pengajian dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Diploma Tinggi dan Tesis.
” Diploma Tinggi dengan keputusan Baik (Jayyid) sahaja boleh melanjutkan pengajian peringkat Tesis.
” Permohonan pengajian percuma berserta asrama dan biasiswa bulanan dibuka pada bulan Januari – April.
” Permohonan pengajian berbayar dibuka pada bulan Januari – Ogos.
” Keutamaan diberikan pada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda bahasa arab dan sebarang pengalaman berkaitan bahasa arab.
” Lulus temuduga dan peperiksaan kelayakan.
” Jika terdapat lebih daripada dua orang rakyat Malaysia yang memohon, pengajian percuma berserta asrama dan biasiswa bulanan akan diberikan kepada dua orang sahaja yang paling layak.

4. UNIVERSITI ISLAM UMDURMAN

Salah sebuah universiti tertua yang diasaskan pada tahun 1912 sebagai Kolej Ilmiah oleh tokoh-tokoh pemikiran Islam tempatan. Terus bergerak dengan nama yang berbeza-beza sehingga kekal dengan Universiti Islam Omdurman pada tahun 1962.

Hubungan dan Kerjasama

” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Afrika yang mana Timbalan Reaktor Universiti, Prof. Ali Ahmad Muhammad Babikir dilantik sebagai Naib Pengerusi Persekutuan tersebut.
” Anggota Persekutuan Universiti Arab yang mana Timbalan Reaktor Universiti, Prof. Ali Ahmad Muhammad Babikir merupakan salah seorang Jawatankuasa Eksekutif.
” Anggota Pertubuhan Universiti-universiti Islam.
” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Dunia Islam.
” Anggota Persekutuan Antarabangsa Universiti-universiti.
” Kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa (Pakistan).
” Kerjasama dengan Universiti Damascus, Universiti Halab, Universiti Teshreen dan Universiti Al-Mansurah di Syria.
” Kerjasama dengan Universiti Raja Faisal di Republik Chad.

Pengajian Sarjana Muda (B.A)

1. Fakulti Usuluddin

” Al-Quranul Karim
” Ulumul Quran
” Tafsir
” Hadith
” Ulumul Hadith
” Aqidah
” Pengetahuan Islam
” Sirah

2. Fakulti Syariah dan Undang-undang

” Usul Fiqh
” Fiqh Perbandingan
” Siyasah Syari’yyah (Politik Islam)
” Fiqh Mazhab
” Undang-undang Islam
” Fiqh Maliki.
” Fiqh Jinai (Jenayah)
” Fiqh Usrah (Personal Law)
” Undang-undang

3. Fakulti Dakwah dan Penyiaran

” Dakwah dan Ihtisab
” Perbandingan Agama dan Pemikiran Moden
” Kewartawanan dan Komunikasi Masyarakat

4. Fakulti Sains Kemasyarakatan

” Sejarah dan Kebudayaan Islam
” Sejarah Politik dan Kebudayaan
” Geografi
” Dokumentasi dan Informasi
” Perpustakaan
” Bahasa dan Sastera Inggeris
” Bahasa dan Sastera Perancis
” Bahasa-bahasa Afrika dan Timur

5. Fakulti Pendidikan

” Dasar-dasar Pendidikan
” Psikologi Pendidikan
” Kurikulum dan Metod Pendidikan

6. Fakulti Bahasa Arab

” Linguistik
” Kritikan Sastera
” Pendidikan Bahasa Arab untuk Bukan Penutur

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (B.A)

” Permohonan dibuka pada bulan September.
” Sijil/Slip SPM (terjemahan), thanawi, STAM atau yang setaraf dengannya.

Pengajian Sarjana (M.A)

” Tafsir
” Hadith
” Aqidah
” Usuluddin
” Usul Fiqh
” Fiqh Perbandingan (Mazhab)

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (M.A)

” Permohonan dibuka pada bulan November.
” Sijil asal Sarjana Muda (B.A)
” Pemohon yang memiliki Sarjana Muda (B.A) dengan keputusan keputusan Baik (Jayyid) akan memasuki Tamhidi (Pra Master). Pelajar diwajibkan lulus peperiksaan Tamhidi untuk ke peringkat Master (Tesis).
” Pemohon yang memiliki Sarjana Muda (B.A) dengan keputusan Memuaskan (Maqbul) boleh mengambil Diploma Tinggi. Pelajar yang lulus peperiksaan Diploma Tinggi akan ke peringkat Tamhidi.
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh setahun dua bulan tidak boleh dibentangkan.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

5. UNIVERSITI AL QURAN KARIM DAN ILMU-ILMU ISLAM

Ditubuhkan pada tahun 1981 sebagai Kolej Al Quran Karim bertujuan menyediakan peluang pengajian tinggi kepada lepasan Maa’had-maa’had Agama sehingga digabungkan dengan Fakulti Bahasa Arab di Kolej Tinggi Akademik Omdurman membentuk sebuah universiti pada tahun 1991.

Hubungan dan Kerjasama

” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Afrika.
” Anggota Persekutuan Universiti-universiti Arab.
” Anggota Pertubuhan Universiti-universiti Islam.
” Anggota Persekutuan Afrika.
” Anggota Persekutuan Antarabangsa Universiti-universiti.
” Pihak Universiti turut menyertai semua persidangan akademik yang dianjurkan pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Pengajian Sarjana Muda (B.A)

1. Fakulti Al Quranul Karim

” Qiraat
” Pengajian Islam.
” Sejarah

2. Fakulti Syariah

” Syariah dan Undang-undang
” Fiqh dan Usul Fiqh

3. Fakulti Bahasa Arab

” Sastera dan Kritikan Sastera
” Nahu (Tatabahasa) dan Sorof (Morfologi)

4. Fakulti Dakwah dan Penyiaran

” Kewartawanan dan Jurnalistik
” Penyiaran dan Televisyen
” Perhubungan Awam dan Iklan
” Dakwah dan Hubungan Kemasyarakatan

5. Fakulti Pendidikan

” Bahasa Arab
” Bahasa Asing
” Sains Pendidikan dan Kemasyarakatan

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (B.A)

” Permohonan dibuka pada bulan November.
” Sijil/Slip SPM (terjemahan), thanawi, STAM atau yang setaraf dengannya.
” Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah menghafaz Al Quran (30 juzu’ atau juzu-juzu’ tertentu sahaja).
” Pemohon yang telah menghafaz 30 juzu’ (mempunyai sijil) dan lulus Peperiksaan Al Quran yang diadakan oleh pihak universiti tidak memerlukan sebarang sijil lain dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
” Peperiksaan Al Quran dibuka pada bulan Mac, Jun dan September.


Pengajian Sarjana (M.A) dan Doktorat (Phd.)

” Al Quran dan As Sunnah dengan dua takhassus (tesis)
– Tafsir dan Ulumul Quran
– Hadith dan Usul Hadith
” Fiqh Perbandingan
” Fiqh dan Usul Fiqh dengan dua takhassus (tesis)
– Undang-Undang Islam
– Usul Fiqh
” Aqidah
” Qiraat
” Bahasa Arab dengan dua takhassus (tesis)
– Nahu (Tatabahasa) dan Sorof (Morfologi)
– Sastera dan Kritikan Sastera dengan tiga takhassus (tesis)
– Sastera Arab
– Balaghah
– Linguistik
” Dakwah
” Penyiaran dengan tiga takhassus (tesis)
– Penyiaran dan Televisiyen
– Jurnalistik
– Perhubungan Awam
” Sains Pendidikan dengan lima takhassus (tesis)
– Usul Tarbiah
– Kurikulum dan Metod Pendidikan
– Pengurusan Pendidikan
– Falsafah Pendidikan
– Psikologi Pendidikan

Maklumat Am dan Syarat Permohonan (M.A)

” Permohonan di buka pada bulan Ogos.
” Sijil asal Sarjana Muda (B.A).
” Pemohon yang memiliki Sarjana Muda (B.A) dengan keputusan Baik (Jayyid) akan mengikuti kelas Tamhidi (Pra Master). Pelajar diwajibkan lulus peperiksaan Tamhidi sebelum ke peringkat Master (Tesis).
” Pemohon yang memiliki Sarjana Muda (B.A) dengan keputusan Memuaskan (Maqbul) boleh mengambil Diploma Tinggi. Pelajar yang lulus peperiksaan Diploma Tinggi akan ke peringkat Tamhidi.
” Pemohon yang memiliki Sarjana Muda (B.A) dengan keputusan Memuaskan (Maqbul) hanya dibenarkan mengambil takhassus Dakwah dan Pengetahuan Islam sahaja (tidak boleh mengambil takhassus seperti yang disenaraikan di atas).
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh setahun tidak boleh dibentangkan.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

Maklumat Am dan Syarat Permohonan Doktorat (Phd.)

” Pendaftaran terbuka (tiada had masa).
” Sijil asal ijazah Sarjana (M.A).
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh empat tahun
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh dua tahun tidak boleh dibentangkan.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

5. UNIVERSITI AN NILAIN

Merupakan cawangan Universiti Kaherah ketika ditubuhkan pada tahun 1955 sebagai tanda hubungan erat di antara Republik Sudan dan Republik Arab Mesir. Pada tahun 1993 Kuasa Presiden telah dikeluarkan yang memutuskan pengambilalihan sepenuhnya pemilikan Universiti dengan perubahan nama kepada Universiti An Nilain.

Pengajian Sarjana Muda (B.A)

1. Fakulti Sains Kemasyarakatan

” Bahasa Arab
” Geografi
” Sejarah
” Falsafah
” Sosiologi
” Dokumentasi dan Perpustakaan
” Bahasa Inggeris

2. Fakulti Perdagangan

” Ekonomi
” Pengurusan
” Sains Politik

3. Fakulti Sastera

” Pengajian Islam
” Bahasa Arab
” Bahasa Inggeris
” Bahasa Perancis
” Sejarah
” Geografi
” Falsafah
” Psikologi

4. Fakulti Undang-undang

” Undang-undang Am
” Undang-undang Khusus

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (B.A)

” Pengajian bermula pada bulan Januari.
” Pendaftaran dibuka pada bulan September – Disember.
” Sijil/Slip SPM (terjemahan).

Pengajian Diploma Tinggi, Sarjana (M.A) dan Doktorat (Phd.)

” Bahasa Arab
” Sejarah
” Geografi
” Falsafah
” Sosiologi
” Undang-undang

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (M.A)

” Sijil asal ijazah Sarjana Muda (B.A).
” Pengajian terbahagi kepada dua peringkat iaitu Tamhidi (Pra Master) dan Tesis.
” Pelajar diwajibkan lulus peperiksaan Tamhidi sebelum ke peringkat Tesis.
” Sarjana Muda (B.A) dengan Kepujian (Syaraf) tidak perlu memasuki peringkat Tamhidi.
” Sarjana Muda (B.A) dengan Kepujian (Syaraf) daripada universiti-universiti lain akan dinilai oleh Majlis Ilmi Universiti samada setaraf atau tidak sebelum dibenarkan ke peringkat Tesis tanpa mengikuti peringkat Tamhidi.
” Pemohon yang telah menghabiskan peringkat Tamhidi/Diploma Tinggi di mana-mana universiti akan memasuki peringkat Tesis.
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh tiga tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh setahun lapan bulan tidak boleh dibentangkan.
” Pengajian peringkat Tamhidi bermula pada bulan September.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (Phd.)

” Permohonan terbuka (tiada had masa).
” Sijil asal ijazah Sarjana (M.A).
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh empat tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh dua tahun dua bulan tidak boleh dibentangkan.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.


6. UNIVERSITI KHARTOUM

Universiti Khartoum diasaskan pada tahun 1902 dengan penubuhan Sekolah Tinggi Gordon yang melalui pelbagai tahap perkembangan. Di antara perubahan terpenting ialah Sekolah Tinggi Gordon ditukar kepada Sekolah Tinggi Khartoum pada tahun 1951 yang kemudiannya mengalami perubahan drastik pada tahun 1956 sebagai universiti kebangsaan pertama di Sudan.

Pengajian Sarjana Muda (B.A)

1. Fakulti Undang-undang

” Undang-undang dan Syariah Islam
” Undang-undang
” Undang-undang Perniagaan
” Undang-undang Umum
” Undang-undang Antarabangsa dan Perbandingan

2. Fakulti Sains Kemasyarakatan

” Bahasa Arab
” Geografi
” Sejarah
” Bahasa Perancis
” Bahasa Rusia
” Bahasa Inggeris
” Bahasa Jerman
” Psikologi
” Falsafah
” Penyiaran dan Kewartawanan

3. Fakulti Sains Pendidikan

” Bahasa Arab
” Bahasa Inggeris
” Bahasa perancis
” Sejarah
” Geografi
” Psikologi Pendidikan
” Kurikulum dan Metod Pendidikan
” Falsafah dan Sejarah Pendidikan
” Teknologi Pendidikan
” Pendidikan Orang Dewasa

4. Fakulti Sains Ekonomi dan Kemasyarakatan

” Ekonomi
” Statistik Ekonomi
” Sains Politik
” Sains Kemasyarakatan

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (B.A)

” Sijil/Slip SPM (terjemahan).
” Pengajian bermula pada bulan Januari.
” Pendaftaran dibuka pada bulan September – Disember.

Pengajian Sarjana (M.A) dan Doktorat (Phd.).

” Mempunyai hampir semua program di fakulti-fakulti sedia ada.

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (M.A)

” Sijil asal ijazah Sarjana Muda (B.A).
” Pengajian terbahagi kepada dua peringkat iaitu Tamhidi (Pra Master) dan Tesis.
” Pelajar diwajibkan lulus peperiksaan Tamhidi sebelum ke peringkat Tesis.
” Tesis mesti disiapkan dalam masa tiga tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh setahun lapan bulan tidak boleh dibentangkan.
” Pengajian peringkat Tamhidi bermula pada bulan September.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

Syarat Permohonan dan Maklumat Am (Phd.)

” Pendaftaran terbuka (tiada had masa).
” Sijil asal ijazah Sarjana (M.A).
” Tesis mesti disiapkan dalam tempoh empat tahun.
” Tesis yang disiapkan kurang dari tempoh dua tahun dua bulan tidak boleh dibentangkan.
” Temuduga akan diadakan untuk permohonan yang diluluskan.

Laman Web

1. Universiti Afrika Antarabangsa
www.iua.edu.sd

2. Kolej Pendidikan Bahasa Arab Antarabangsa Khartoum
www.alecsolugha.org

3. Universiti Islam Omdurman
www.sudanembassy.org/contemporarylooks/umdurman.htm

4. Universti Al Quran dan Ilmu-ilmu Islam
www.quran-unv.edu.sd
www.sudanembassy.org/contemporarylooks/holy.htm

5. Universiti Khartoum
www.uofk.edu
www.sudanembassy.org/contemporarylooks/universi.htm

6. Universiti An Nilain
www.sudanembassy.org/contemporarylooks/el-nilei.htm

PERHATIAN:

1. Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Sudan (PMMS) mempunyai kuota pengajian percuma seramai 20 orang pelajar daripada Pertubuhan Kebajikan Pelajar Asing.

2. Pemohon yang memperolehi kuota pengajian percuma boleh memilih mana-mana pusat pengajian kecuali Universiti Antarabangsa Afrika (IUA) termasuk Instititut Bahasa Arab dan Kolej Antarabangsa Pendidikan Bahasa Arab Khartoum.

3. Pertubuhan Kebajikan Pelajar Asing akan memberikan tanggungan yuran pengajian percuma sepenuhnya dengan syarat memiliki sijil SPM/slip (terjemahan) berusia tidak lebih daripada dua tahun dan mempunyai Kad Kesihatan. Selain daripada sijil SPM/slip (terjemahan) tidak akan diterima.

4. Tahun sijil dikeluarkan akan dikira sebagai tahun pertama sijil tersebut walaupun sijil dikeluarkan pada akhir tahun (kerajaan Malaysia mengeluarkan sijil asal SPM pada setiap akhir tahun, tempoh dua tahun akan mengambil kira tahun sijil tersebut dikeluarkan).

5. Permohonan mendapatkan kuota pengajian percuma dibuka pada bulan Mei – Oktober.

6. Permohonan masuk ke universiti yang bukan melalui Pertubuhan Kebajikan Pelajar Luar akan dikenakan bayaran.

7. Tarikh pendaftaran universiti akan berubah berdasarkan Taqwim Pengajian yang dikeluarkan setiap tahun disamping beberapa syarat lain berkaitan pelajar luar. Pemohon digalakkan menghubungi pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Sudan (PMMS) untuk mendapatkan sebarang perubahan maklumat.

Advertisements
%d bloggers like this: